Punca Pencemaran


Dari Mana Datangnya TOKSIN Dalam Badan Kita 
Toksin datang dari pelbagai sumber. Menurut kajian yang dibuat oleh pakar pemakanan dan disahkan pula oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, toksin datangnya dari: 
a. Sumber Air Minuman 
b. Bekas Makanan 
c. Bahan Penstabil, Pengawet dan Pewarna Tiruan 
d. Baja Tanaman 
e. Penggalak Tumbesaran dan Antibiotik Haiwan Ternakan 

Sumber Air Minuman    
Sumber air minuman tercemar disebabkan kandungan klorin yang diguna untuk membersihkan air. Air yang baik untuk diminum adalah air yang semulajadi bersih tanpa sebarang rawatan. Ini mengembalikan kita ke zaman dahulu sebelum zaman perindustrian di mana air sungai dan sumber air adalah selamat untuk diminum. Disamping itu, zink, besi dan aluminium juga terdapat di dalam air minuman yang dibekalkan kerumah-rumah. Bahan berat ini datangnya dari bekas-bekas menyimpan, bekas memproses di pusat pembersihan dan bekas minuman di rumah. 

Bekas Makanan    
Plastik, polisterina dan pembalut cling film adalah bahan beracun yang telah diproses untuk menyimpan makanan. Plastik merupakan bahan aktif yang bertindak balas dengan suhu. Pada suhu melebihi 120 darjah celsius, ia akan berubah bentuk kepada wasap dan ianya adalah beracun. Jika diguna dengan lama pada suhu bilik pula, plastik boleh meresap ke dalam makanan berminyak, keju, mi segera, makanan berlemak dan daging. Oleh sebab itulah sekiranya kita lama menyimpan minuman atau makanan dalam bekas plastik, makanan atau minuman itu akan ada rasa dan bau plastik. Adalah merbahaya memanaskan makanan dengan mikrowave. Plastik, polisterina atau cling film akan terus menyerap ke dalam makanan pada suhu tinggi.
Plastik boleh menyebab kanser. Plastik juga boleh mengakibatkan kerosakan hati, buah pinggang, organ penapisan dan endokrin badan manusia. Permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik juga membahayakan. Kanak-kanak akan menggigit, menghisap dan menyentuh barangan plastik dan proses ini merupakan pemindahan terus bahan plastik ke dalam tubuh badan.   

Aluminium    
Aluminium dalam makanan berpunca dari kuali, periuk, alat memasak dan bekas-bekas tin makanan. Bahan makanan dalam tin merupakan penyumbang kepada kandungan logam ini dalam makanan. Makanan yang diproses seperti susu tepung, tepung serbuk penaik, teh, kopi, krimer, jeruk-jeruk, bekalan air minuman dan lain-lain produk yang diproses mengutip aluminium dari bekas tin dan peralatan pemprosesan. Aluminium sekiranya masuk ke dalam tubuh badan akan mengakibatkan kerosakan otak dan tulang, penyakit Alzheimer dan buah pinggang. 

Plumbum    
Plumbum adalah logam yang ujud semulajadi dari tanah. Namun begitu, plumbum boleh masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan yang diproses dalam kotak, makanan dalam tin, pinggan mangkuk tembikar dan sumber air.  Kotak dan tin makanan menggunakan plumbum untuk mengklim sudut-sudut bekas makanan. Tindak balas pada makanan boleh berlaku kerana kecacatan proses pengeluaran. Disamping itu, produk tembikar menggunakan kadmium dan plumbum untuk menyalut tanah liat sebelum dipasankan pada suhu tinggi. Bahan berat ini akan menyerap ke dalam makanan sekiranya digunakan.  
Makanan laut seperti ketam, kepah, tiram merupakan makanan yang paling tinggi kandungan plumbum. Haiwan cengkerang ini menapis air laut dan sungai semasa ia bernafas dan makan. Semasa menapis, kandungan logam, kotoran dan sisa-sisa di kumpul di dalam cengkerang. Dengan air laut dan sungai di Malaysia ini mempunyai pencemaran yang tinggi terutamanya di Selat Melaka, Pulau Pinang dan Johor, kandungan plumbum dalam makanan laut di Malaysia adalah tidak selamat untuk dimakan. Dari sampel yang diambil dari perairan Johor, kepah dan kerang di sini mengandungi kandungan plumbum, arsenik dan raksa yang tinggi. Bahan-bahan ini datangnya dari air sungai tercemar yang mengalir ke laut, bahan kumbahan dan tumpahan minyak dari kapal-kalpal perdagangan. Plumbum boleh mengakibatkan kerosakan otak, kurang tumpuan belajar pada anak-anak, nyanyuk dan membantutkan tumbesaran. Ia mengganggu hemoglobin dalam sel darah yang membawa oksigen ke otak dan seluruh tubuh. Plumbum mengakibatkan darah tinggi, strok dan lemah jantung. Ia juga merosakkan buah pinggang, sistem saraf, pembiakan dan sistem pelalian manusia terhadap penyakit. Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh menyebabkan seseorang itu cepat marah dan kasar terhadap orang lain. Asid benzoik pula banyak terdapat di dalam cili boh, serbuk kari, kicap, belacan, makanan berjeruk dan lain-lain makanan diperam. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Asiad benzoik ini boleh membunuh seekor tikus jika diberikan. 

Bahan Penstabil, Pengawet dan Pewarna Tiruan 
Peniaga di pasar akan menggunakan bahan pengawet untuk mengekalkan kesegaran ikan dan buah-buahan yang dijual. Ikan akan kelihatan segar, bersih dan cantik walaupun telah lama ditangkap. Ini disebabkan tiada bakteria yang hidup pada ikan di mana bakteria ini telah dihapuskan oleh pengawet.  Begitu juga buah-buahan seperti buah longan atau mata kucing. Buah longan tidak boleh dipegang terlalu lama karana ia akan menyebabkan kulit tangan melepuh atau bernanah. Ini adalah tindak balas yang terhasil dari kandungan pengawet yang tinggi.
Pengawet yang biasa digunakan adalah Formaldehide yang biasa digunakan untuk mengawet mayat, janin atau spesimen haiwan. Asid askorbik pula digunakan untuk mengekalkan kesegaran produk segera seperti mi kuning, bebola ikan atau daging dan makanan snek.  1 sudu penuhasid askorbik boleh membunuh kanak-kanak.  Apabila kita membeli ikan-ikan di pasar, kita memasak menggunakan kuali dan bahan aluminium. Ini akan mengakibatkan limpahan bahan toksin ke dalam badan yang mana jika tidak dinyahkan akan mengakibatkan penyakit kronik seperti kerosakan hati, limpa dan buah pinggang, hilang selera makan, sakit perut dan cirit birit. 

Penggalak Tumbesaran dan Antibiotik Haiwan 
Antibiotik
Kuman haiwan kini semakin kebal kepada antibodi haiwan itu sendiri. Ini disebabkan penggunaan antibiotik tambahan menjadikan kuman semakin tahan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, dari 21 contoh daging, 14 mempunyai kuman yang kenal antibodi. Di dalam daging ayang pula, 8 daripada 9 contoh daging mempunyai kuman yang kebal antibodi.


Ayam diternak di dalam tempat yang sempit, tidak bebas dan tidak terurus. Pengusaha ayam akan memberi ayam makan setiap hari dengan kerap untuk mencepatkan tumbesaran ayam. Hasilnya adalah ayam yang besar, lemak yang banyak tetapi 
Ayam bukan organik
otot yang kurang.  Kini, untuk menjimatkan kos, bahan buangan ayam seperti isi perut, lemak dan lemdir yang tidak diperlukan dicampurkan semula ke dalam makanan ayam dan jadilah ayam yang tidak sihat. Apabila ayam ini sakit, ayam akan diberikan antibiotik seperti tetracycline, erthromycin atau chlortetracycline. Akhirnya ayam-ayam inilah yang masuk ke pasaran dan kita sebagai pengguna memakannya setiap hari. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa pemakanan organik adalah makanan keperluan bagi zaman ini. Ini kerana makanan organik saja yang masih mengekalkan keaslian, ketulenan dan keselamatan untuk dimakan. 

Ayam organik bebas setiap hari
Ayam organik pula diberi makanan organik dan ditempatkan di dalam reban-reban berkelompok dengan keluasan yang sesuai untuk ayam bebas. Setiap hari ayam-ayam ini akan dibebaskan di kawasan ladang untuk mendapatkan cukup cahaya matahari dan udara bersih. Air minuman pula diberikan dari bekalan air yang didapati dari sungai atau bekalan air yang di tapis tanpa mengandungi klorin.

Begitu juga dengan daging lembu yang dibekalkan setiap hari. Lembu-lembu komersil ditempatkan di dalam ruangan yang sempit dan tidak bebas. Ia diberi makan dengan ruang yang amat terhad. Lembu sentiasa di dalam keadaan kemurungan dan ini mengakibatkan lembu-lembu tersebut menghasilkan hormon-hormon yang tidak sihat dan mudah dihinggapi penyakit. Bagi mengelak penyakit, lembu disuntik dengan antibiotik. Makanan lembu dicampur dengan bahan yang mengandungi penyubur bagi mempercepatkan tumbesaran. 

Berbanding dengan daging lembu organik, lembu-lembu tersebut sedari kecil telah dibiarkan bebas di kawasan ladang yang sangat luas dan segar. Dari segi mental juga, lembu-lembu organik lebih 'gembira' dan mengeluarkan hormon yang sihat dan mempunyai antibodi yang kuat. Lembu-lembu ini sihat kerana persekitaran yang menyihatkan.


Dua gambar ini menunjukkan lembu-lembu yang diternak secara organik. Lembu lebih sihat dan lebih besar. Bukan saja lembu rasa gembira di sini, kita sendiri kalau dibesarkan di kawasan ini juga akan sihat, fikiran lapang dan banyak masalah selesai!




Di dalam buku Makanan Berbahaya keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang di mukasurat 115, dinyatakan bahawa kerajaan sepatutnya memberikan bantuan dan suntikan modal yang lebih kepada pengusaha-pengusaha LADANG ORGANIK bagi meningkatkan hasil keluaran sayur-sayuran dan tanaman organik.

No comments:

Post a Comment